PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.
Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.
Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.
Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.
Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.
Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara...
Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.
“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.
“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.
“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.
“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.
Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.
Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.
No comments:
Post a Comment