Saturday, October 31, 2009

Apa SCAM?

February 16, 2008, 02:50:52 PM

Apakah Skim Cepat Kaya?
Skim Cepat Kaya ialah satu plan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak ralistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas dari sebarang risiko.

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM):

Aktiviti Pengambilan Deposit Secara Haram
Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit (wang logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan institusi-institusi Kewangan 1989.

Hukuman
Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara tidak melebihi 10 tahun atau/dan denda sebanyak RM10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

* Pelabur-pelabur dalam skim pengambilan deposit secara haram boleh didakwa bersubahat atau bersekongkol dan menghadapi hukuman serupa seperti yang dikenakan ke atas pengendali skim tersebut.

Sumber: http://www.bnm.gov.my

Apa itu SCAM?
SCAM adalah penipuan di internet oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah di internet dengan membina website yang menarik netter untuk mendaftar sekaligus melabur wang mereka. Sesiapa yang sudah terkena tu taulah apa dia SCAM. Bagi yang tidak pernah terkena - berhati-hatilah.SCAM antara penyebab orang ramai takut dengan perniagaan di internet.

Berikut adalah penerangan scam yang diambil dari tip saudara Irfan Khairi.

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

1.Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi?
Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.

2.Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang?
Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.

3.Adakah bukti-bukti ditunjukkan?
Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.
Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

No comments:

Post a Comment