Tuesday, January 18, 2011

Kajian Interlok ke kabinet














Cadangan mengenai kajian semula penggunaan novel 'Interlok' untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima sudah
siap dan akan diserahkan di mesyuarat jemaah menteri esok atau minggu depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kabinet telah mengarahkan supaya kajian semula dibuat berikutan dakwaan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan yang fakta dalam buku itu menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Novel itu karya sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain.

Kajian semula itu dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Jawatankuasa itu juga menerima maklum balas dari ahli akademik dan penulis kaum India, kata Mohd Puad kepada pemberita setelah merasmikan Persidangan Al-quran Antarabangsa di ibunegara hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah.

Mengenai tindakan kumpulan yang membakar buku itu di Klang pada Ahad lepas, Mohd Puad berkata ini berikutan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan buku itu.

Tindakan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada penulis tetapi juga mengetepikan nilai kemanusiaan pendidikan untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini, katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment