Sunday, October 30, 2011

BN Youth - Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 - Tawar Lebih 30,000 Peluang Kerja



























Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 - Tawar Lebih 30,000 Peluang Kerja
27 Oct 2011 11:21PM



KUALA LUMPUR, 27 Okt 2011 – Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 sampai ke penghujungnya tahun ini apabila program terakhir untuk tahun 2011 akan diadakan pada 18 hingga 20 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Karnival berkenaan yang menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan selain program francais dan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menceburkan diri di dalam sektor pertanian dan pelbagai bidang lain yang terhidang luas.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada pra pelancaran karnival berkenaan berkata karnival tersebut yang akan disertai pelbagai syarikat swasta dan GLC bakal membuka peluang yang lebih luas kepada mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan.

“BN Youth Job Fair 2011 pada kali ini mempunyai sedikit kelainan serta penambakbaikkan berbanding program sebelumnya kerana pengisian program diperluaskan khusus bagi memberi fokus membantu golongan muda dalam pelbagai bidang dan membina masa hadapan.

“Antara agensi yang terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu Kementerian Pengajian Tinggi juga akan turut sama berkongsi maklumat dalam memberi dan membuka peluang-peluang kepada golongan muda yang ingin melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan mencari pekerjaan di IPTA dan IPTS menerusi pelbagai skim yang ditawarkan.

“Manakala institusi-institusi kewangan dan perbankan juga akan turut menjayakan program pada kali ini selain terdapat lebih 30 syarikat francais yang terkemuka di bawah PNS turut sama menjayakan program ini dengan menawarkan dan membuka peluang perniagaan kepada golongan muda yang berminat dengan peruntukan pinjaman sebanyak RM 50,000.

“Pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Airod iaitu syarikat antarabangsa terkemuka dalam bidang MRO turut sama menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan muda yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pra pelancaran Karnival kerjaya Pemuda BN 2011 di PWTC, di sini, hari ini. Turut hadir, Penyelaras BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussein Akhtar Hussein.

Sementara itu, Penyelaras BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussein Akhtar Hussein berkata program berkenaan yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 November ini merupakan rentetan terhadap penganjuran yang diadakan di beberapa buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Melaka, Sabah dan Perak.

“Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan hanya dari pengunjung yang mencari peluang pekerjaan atau peningkatan kerjaya malah dari agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat korporat yang bersama-sama menawarkan perlbagai peluang pekerjaan.
“Justeru Pemuda BN mengharapkan penganjuran program ini dapat membuka dan memberi peluang yang terbaik kepada anak Malaysia tanpa mengira kaum dan batasan politik untuk merebut peluang yang disediakan bukan hanya kepada golongan pencari kerja di sekitar Lembah Klang malah turut boleh dihadiri dari seluruh negara termasuk pelajar-pelajar tahun akhir yang menuntut di institusi pengajian tinggi,” katanya.

http://www.klpos.com/news/2011/10/27/7.html

No comments:

Post a Comment