Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar
4 Ramadhan 1432H,
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kontroversi terbaru membabitkan kes Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya, membuktikan tuntutan Bersih 2.0 adalah wajar.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullahmengulas isu Mismah yang mendaftar sebagai pemilih dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), meskipun memegang status PR, lapor KeadilanDaily.
Nama Mismah yang memegang My Kad PR berwarna merah, turut tertera dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimanapun statusnya sebagai PR ditukar selepas isu itu didedahkan laman portal Malaysiakini kira-kira empat jam selepas itu.
Selain itu, PAS tampil mendakwa di Selangor sahaja, sebanyak 1,100 pengundi berstatus PR yang tidak layak mengundi, berada dalam daftar pemilih SPR.
Menurut Maria, insiden terbaru itu membuktikan SPR perlu benar-benar melakukan pembersihan senarai pengundi, satu daripada lapan tuntutannya.
Malah, katanya, parti-parti politik Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyerahkan senarai pengundi yang didapati mengundi sebanyak dua kali bagi mengesahkan kepincangan daftar pemilih.
“SPR perlu semak semula semua nama dalam senarai pengundi yang mereka miliki.
“Sudah tentu (ia bukti tuntutan kita wajar), kita sudah bagi mereka bukti malah sebelum ini kita sudah tunjukkan satu senarai pengundi yang boleh mengundi dua kali,” kata Maria Chin.
Lanjutan daripada kontroversi ini, Maria menggesa agar SPR menubuhkan jawatankuasa terpilih yang turut dianggotai parti-parti politik tanahair untuk mengkaji masalah seperti ini dalam senarai pengundi.
“SPR perlu berikan perhatian dan mereka kena tubuhkan satu jawatankuasa khas.
“Jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada wakil daripada parti-parti politik dan mereka akan mengkaji masalah-masalah seperti penduduk tetap yang menjadi warganegara dalam masa yang singkat ini,” katanya.
Menurutnya lagi, cadangan itu telah dipanjangkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sewaktu debat bersama Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 26 Julai lalu di Shah Alam.
“Kami bagi masa kepada beliau selama tiga bulan untuk mengkaji perkara ini dan menyiapkan satu laporan tentang masalah-masalah yang membelenggu senarai pengundi sekarang ini,” katanya.
Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil Bersih jika SPR tetap berdegil tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah itu, Maria berkata Bersih akan ‘merujuk perkara itu kepada rakyat’.
“Kita akan balik kepada rakyat dan tanya apa mereka mahu kita buat,” kata Maria Chin.-HD
11 Website Layout Examples for Every Type of Page
-
Choose the right layouts to help users achieve their goals.
13 hours ago
No comments:
Post a Comment