Showing posts with label nurul izzah anwar. Show all posts
Showing posts with label nurul izzah anwar. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Mat Sabu dan ‘komunis’ — Fahmi Fadzil

Mat Sabu dan ‘komunis’ — Fahmi Fadzil

Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk memburukkan nama Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), dengan mengatakan kononnya beliau penyokong komunis yang telah menyerang Bukit Kepong pada tahun 1950.
Ramai cybertroopers, blog-blog dan media arus perdana milik Umno yang cuba menyerang Mat Sabu ata isu ini, langsung mengatakan beliau seorang “pengganas” dan “pengkhianat”, bahawa beliau menghina pejuang negara, lupa sejarah dan macam-macam lagi.
Apakah sebenarnya isu di sini: Komunisme? Peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam sejarah Malaya/Malaysia? Atau adakah kerana perkara lain?
Tapi sebelum itu, sudahkah anda mendengar sendiri apa yang disebut Mat Sabu di ceramah 21/8 itu?
Setelah saya mendengar dan meneliti apa yang disebut Mat Sabu, beberapa perkara timbul dalam fikiran:
• 1950 Malaya belum Merdeka dari British, maka polis pada waktu itu adalah polis British
• Setiap kali Hari Merdeka menjelma, filem “Bukit Kepong” akan dimainkan
• Filem “Bukit Kepong” ini dibuat oleh (Tan Sri) Jins Shamsuddin. Nota sampingan: Beliau merupakan seorang ahli Umno, dan kini seorang Senator yang dilantik Umno
• Mereka yang melawan British — termasuklah Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong dan Tok Janggut — semua dianggap penderhaka
Maka saya dapati apa yang disebut Mat Sabu mengenai isu ini ialah kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah dan pensejarahan, dan bagaimana pensejarahan Malaya/Malaysia merupakan hegemoni kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Melalui hegemoni ini, Umno-BN boleh merubah sudut pandang sejarah mengenai sesuatu isu; dalam konteks ucapan ini, Mat Sabu mengatakan Umno-BN merubah sudut pandang sejarah “serangan golongan anti-penjajah ke atas polis British di Bukit Kepong” menjadi “serangan penderhaka ke atas daulah Kerajaan”.
Secara ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN ke atas sejarah negara.
Lebih ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN.
Oleh itu, segala kelengkapan psy-war milik Umno-BN telah dikerah untuk menyerang balas Mat Sabu. Mengapa? Kerana sebenarnya, Umno-BN gentar dan takut melihat Mat Sabu.
Lebih tepat lagi, Umno gentar dan takut melihat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, kerana antara lainnya beliau ialah seorang pemimpin dan penyelaras akar umbi yang tangkas. Tambahan pula beliau telah memporak-perandakan usaha-usaha Umno untuk menzahirkan “Kerajaan Perpaduan”.
Oleh kerana Umno gentar dan takut, maka Umno serang.
Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno. — fahmifadzil.wordpress.com
* Fahmi Fadzil adalah setiausaha politik kepada Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Monday, January 10, 2011

Siapa sebenarnya berbahaya? — Nurul Izzah Anwar

Siapa sebenarnya berbahaya? — Nurul Izzah Anwar

Siapa sebenarnya berbahaya? — Nurul Izzah Anwar

November 26, 2010

26 NOV — Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat.

Perihal perpaduan Negara, Dato’ Seri Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah ‘Ketuanan Rakyat’ berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada ‘Ketuanan UMNO ‘ yang mengamalkan rasuah politik

untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan UMNO.
Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini UMNO telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN.

Pegangan dan pandangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila Negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanya mampu melahirkan golongan pekerja yang 80 peratus berkelulusan SPM sahaja, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuhraya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan

rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya.
Dan pendekatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif (affirmative action) berdasarkan keperluan (needs-based) dan bukan perkauman (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.
Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan.

Oleh demikian, saya amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas GERAK dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran Pejuang Rasuah No.1 telah bertukar nada daripada ‘Kotak Rahsia’ kepada ‘Katak Rasuah’ dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa Kehakiman pula.
Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada Negara? — www.nurulizzah.com

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.
* This is the personal opinion of the writer or the newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.