Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Siapa Cyber Tropper

Mereka bangga dengan gelaran cyber troopers yang bunyinya senada dengan storm troopers dari siri filem Star Wars (atau sebenarnya lebih tepat dengan asal nama Stoßtruppen era Jerman Nazi).

Jika watak storm troopers fiskyen sains menjadi alat kepada Galactic Empire yang kejam lagi zalim, seperti mana storm troopers Nazi menjadi anjing-anjing buruan untuk Adolf Hitler, maka cyber troopers yang merelakan diri menjadi perkakas kepada UMNO juga sama kerja dan tugas upahan mereka.
Dalam bahasa seharian Melayu, cyber troopers ini hanyalah pecacai UMNO. Tugas mereka hanya menyerang dan mencipta fitnah untuk memburukkan Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama, dan Islam yang progresif dan inklusif.
Yang penting sekali – berbeza dengan bloggers dan pelayar internet yang menyokong Pakatan – pecacai UMNO ini didakwa mendapat imbuhan untuk melakukan kerja-kerja keji yang hanya berniat memesongkan pemikiran rakyat serta mengapi-apikan perkauman.
Mangsa-mangsa fitnah pecacai UMNO
Ramai pemimpin Pakatan dan aktivis sosial, malah ulama yang berjuang untuk Islam yang adil dan saksama, telah menjadi mangsa fitnah mereka. Fitnah-fitnah pecacai UMNO ini banyak berputar tentang kaum dan agama, Islam dan Melayu, Islam-Melayu dan agama-agama lain.
Bagi pecacai UMNO yang telah lama terdidik oleh tafsiran agama mengikut UMNO, Islam bagi mereka adalah untuk orang Melayu sahaja. Islam telah mereka sempitkan sehingga orang Islam, jika tertelan fitnah mereka, akan sesak nafas dengan kejumudan tafsiran agama mereka.
Mungkin kerana kebanyakan mereka lahir selepas era 1970-an, mereka lupa keterbukaan para pemimpin ulung UMNO tahun-tahun 1940-an – 1960-an yang amat terbuka dalam hubungan baik dengan semua warga Malaysia (dan Malaya) yang berbeza agama dan kaum.
Antara yang hebat menjadi mangsa kecaman dan kutukan mereka – biasanya tanpa hujah dan bukti bernas kecuali caci-cerca dan maki-hamun – adalah pemimpin Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khalid Samad.
Khalid yang cukup pendidikan dalam perjuangan Islam sering ditohmah sebagai “Khalid Gereja” semata-mata kerana sikap terbukanya bertemu, berbincang dan berdialog dengan para pemimpin dan orang-orang Kristian dan agama-agama lain.
Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam dalam blognya Isnin lalu (http://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html#more) dengan panjang lebar telah melakarkan sifat-sifat dan ciri-ciri cyber troopers UMNO.
Siapa dan apa itu pecacai UMNO
Dalam tulisannya, beliau mencatatkan:
“Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.
“Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.
“Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” mereka menjawab “Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang”.
“Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” mereka jawab “Kamu dah murtad sekali ya Khalid?”
“Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri” mereka jawab “Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan”.
“Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” mereka jawab “Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!”
“Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu ‘Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.
“Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.
“Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan ‘maslahah yang lebih besar’ menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.
“Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan.
“Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja.
“Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan.”
Muntahan pecacai UMNO gagal pengaruhi orang Melayu
Kerja keji pecacai UMNO ini pula sebenarnya tidak banyak membantu parti yang mereka sokong, sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu yang cuba mereka pengaruhi.
Blogger Sakmongkol AK47 – nama pena untuk Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bagi Pulau Manis, Pahang – mempersoalkan kerja-kerja pecacai alam maya tersebut.
Dalam catatan blognya (http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html), beliau menulis (dalam Bahasa Inggeris):
“Beritahu saya secara jujur – adakah anda fikir UMNO akan menang perang di alam maya? Lihat saja artikel-artikel yang dimuntahkan oleh cyber troopers UMNO. Sesetengah mereka masih terikat dengan idea bahawa Perdana Menteri Malaysia masih lagi Dr Mahathir, jadi artikel-artikel mereka ditulis untuk disesuaikan dengan pendirian yang diambil oleh Dr Mahathir…
“…Majoriti (cyber troopers UMNO) sentiasa memuntahkan artikel-artikel menghasut kebencian, lengkap dengan mencarut dan mengguris perasaan. Bolehkah ini menarik rakyat atas pagar, bakal-bakal pengundi yang berfikiran bebas dan terbuka?”
Jelas pecacai UMNO hanya sekadar mampu memaki hamun dan mencarut. Mungkin bagi mereka mencarut itu adalah hujah.
Jika diperhatikan kebanyakan isu yang mereka timbulkan adalah remeh dan “sensitif” serta berbentuk fitnah – yang ada ditiadakan, yang tiada diadakan, yang kecil dibesarkan, yang bukan isu diputarbelitkan menjadi isu – dengan niat membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap agama dan kaum lain.
Jarang sekali mereka membangkitkan isu-isu besar yang menjadi masalah rakyat seperti kenaikan harga barang, rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa, reformasi pilihan raya, reformasi pendidikan, tender terbuka, kesyumulan Islam sebagai agama yang dihormati semua dan sebagainya.
Seperti kata pemimpin PAS Idris Ahmad, zaman untuk UMNO-BN menipu rakyat seperti pengembala yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembu-lembunya memakan rumput kering sudah berlalu.
Memang ada segelintir bloggers pro-Pakatan yang tidak kurang hebat maki-hamun mereka; namun jika dilayari blog dan laman web mereka, malah hujah-hujah mereka dalam ruang komentar, ramai antaranya yang menyediakan bukti-bukti sahih untuk mempertahankan kritikan mereka.
Jika sekadar pandai mencarut, bijak berselindung di bawah ketiak pemerintah, hebat menegakkan benang yang basah dan gah mempertahankan yang batil, memang tidak ke mana serangan pecacai UMNO.
Yang diserang mungkin sakit di hati, yang dikutuk akan terguris perasaan; namun rakyat yang semakin bijak dan tidak mudah dibakar perasaan akan membuat pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Tuesday, September 27, 2011

Tolak hudud, tolak hak Muslim



Tolak hudud, tolak hak Muslim
Zainal Abidin Nor | September 27, 2011 Mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.

PETALING JAYA: Golongan yang menolak pelaksanaan hukum hudud telah menolak hak asasi manusia, menafikan hak masyarakat Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Haji Kamal Koh berkata, mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.

“Kenapa kita mesti mengorbankan hak kita, mengenepikan hak kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain,”? soal beliau ketika diwawancara oleh FMT mengenai isu hudud yang menjadi polemik dewasa ini.

Kamal Koh berkata, dalam negara demokrasi, kuasa terletak pada rakyat majoriti dan pendapat majoriti harus didengar dan diikut. Di negara ini, orang-orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam merupakan penduduk majoriti.

“Seharusnya undang-undang Islamlah yang layak dilaksana dan digunapakai di negara ini, jika kita mengambilkira jumlah penduduk majoriti,” terangnya.

Beliau berpendapat isu hudud ini menyerlahkan masalah keyakinan orang-orang Islam sendiri tentang kelebihan dan kebaikan undang-undang Islam. Mereka mempersoalkan – bolehkah undang-undang ini dilaksanakan di negara ini?

“Ini merupakan krisis keyakinan,” kata beliau sambil membidas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menyatakan hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ujar beliau, “segolongan masyarakat mempunyai persepsi yang negatif dalam menangani hukum hudud kerana peranan media arus

perdana yang sering memperlekeh isu ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk menukar persepsi negatif ini kepada positif.”

Kamal Koh menyoal, “apabila Allah SWT mewajibkan pelaksanaan hukum hudud, adakah Allah tidak tahu di Malaysia ini terdapat

masyarakat majmuk, yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain?

“Adakah Allah tidak tahu tentang perkara ini? Bukankah Allah yang mencipta masyarakat majmuk itu dan Dia juga yang mencipta hukum hudud?,” soal beliau lagi.

Seperti takut hantu

Katanya, sebenarnya mereka yang menentang hukum hudud adalah seperti kata (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru) Datuk Nik Aziz (Nik Mat), “takut hudud seperti takut hantu.”

“Orang yang tidak faham hukum hudud atau tidak mengenal hantu, akan menentangnya secara membabi buta,” kata Nik Aziz.

Menurut Kamal Koh, penentangan Pengerusi DAP Karpal Singh juga tidak mempunyai asas kerana Nik Aziz mengumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sebuah akhbar arus perdana semalam melaporkan bahawa Nik Aziz berkata kerajaan negeri mahu melaksanakan undang-undang itu melalui sistem mahkamah syariah.

Ini ekoran dari sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan juga menurutnya, tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud dan qisas seperti mana yang disuarakan oleh pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr. Aziz Bari.

Menurut Aziz Bari, undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan tidak menghalangnya.

Kamal Koh juga mempersoalkan mengenai undang-undang negara yang diterima pakai sekarang ini sebagai warisan dari sistem undang-undang penjajah British.

“Negara kita seolah-olah belum merdeka kerana masih terikat dan terpaksa menerima pakai undang-undang penjajah (yang digubal oleh Lord Reid) yang dianggap sesuai untuk masyarakat majmuk dan undang-undang itu berkuasa (supreme) atas segala-galanya,” tegas beliau.

Kamal Koh juga menyarankan supaya kesedaran politik Islam dipertingkatkan di kalangan orang Melayu-Islam sendiri dan orang-orang bukan Islam juga harus diberi penerangan dan kesedaran tentang betapa indahnya undang-undang ciptaan Ilahi ini.

Nik Aziz pernah menyifatkan undang-undang Islam ini seperti nasi beriani. Orang-orang yang hanya makan nasi biasa tetapi tidak pernah makan nasi beriani tidak akan tahu betapa nikmat dan lazatnya nasi beriani.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/27/tolak-hudud-tolak-hak-muslim/

Saturday, September 24, 2011

PM: No hudud law in Malaysia

PM: No hudud law in Malaysia
By MAZWIN NIK ANIS and ROSHIDI ABU SAMAH

KAMPAR: The Government will not implement hudud law in Malaysia, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said even though the law was "God's law", its implementation needed to be based on realities.

"If we ask the ulamas, Islamic law cannot be implemented unless we take into consideration the environment and the reality.

"Moreover, the aim of an administration according to Islam is based on maqasid syariah, which entails protecting the religion, life, moral and property, among others," he told reporters after launching the Tanjung Tualang 1Malaysia carnival here Saturday.

The Prime Minister said under the current laws, the principle and objective of maqasid syariah could be championed.

Asked if this meant that hudud law need not be practised in Malaysia, Najib said there were already elements of hudud in the system but "minus the extreme part".

"This does not mean there are no Islamic laws being practised in Malaysia," he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/24/nation/20110924160951&sec=nation

Saturday, June 25, 2011

Malaysia Mahu Negara Islam Tumpu Pelaburan Perkhidmatan Dan Pembuatan

Malaysia Mahu Negara Islam Tumpu Pelaburan Perkhidmatan Dan Pembuatan

IPOH, 25 Jun – Malaysia akan mengusulkan supaya negara-negara Islam berusaha menjadi negara pengeluar dengan menumpukan kepada pembangunan sektor perkhidmatan dan pembuatan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan pada mesyuarat Bank Pembangunan Islam yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi, Rabu ini.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan mempunyai pasaran yang begitu luas, terutama dalam bidang halal yang semakin berkembang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di sini hari ini.

“Pada mesyuarat yang akan dihadiri seramai 57 Menteri Kewangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) itu, kita akan mencadangkan pelaburan dalam pasaran halal yang mempunyai potensi besar,” katanya.

Malaysia juga akan mencadangkan penubuhan Dana Kekayaan Negara (SWF), untuk pelaburan dalam bidang halal, terutama perkhidmatan dan pembuatan, kata Ahmad Husni.

Beliau berkata negara Islam yang mempunyai sumber kewangan menerusi sektor minyak dan banyak melabur di Amerika Syarikat dan Eropah, kini mengenal pasti peluang untuk pelaburan lain.

Untuk itu, katanya, Malaysia mencadangkan penubuhan SWF yang boleh digunakan untuk dilaburkan dalam bidang ekonomi dan untuk tabung pembangunan negara-negara Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia menjemput New Zealand untuk menghantar pakar dalam bidang ekonomi dan kewangannya untuk mempelajari Sistem Ekonomi Islam di Bank Negara Malaysia.

“Dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan New Zealand sebelum ini, negara itu amat berminat dalam bidang ini…dan kita jemput beberapa pakar dari sana untuk mempelajari sistem yang telah kita wujudkan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata menerusi persefahaman berkenaan, adalah diharapkan ia akan membuka peluang kepada pelabur tempatan untuk mengembangkan perniagaan ke negara berkenaan.

http://www.kitagempur.com/index.php?page=articles&op=readArticle&id=3939&title=Malaysia-Mahu-Negara-Islam-Tumpu-Pelaburan-Perkhidmatan-Dan-Pembuatan

Saturday, December 25, 2010

Christmas Announcement from Malaysia-- We're not letting you leave Islam

Christmas Announcement from Malaysia,We're not letting you leave Islam

Coming out in today's Malaysian paper, The Star, in a most curiously timed announcement, is the Religious Police of Sabah's decree that the Wondrously Tolerant Religion Known as Islam will soon 'enforce' the Islamic apostasy law. (editor's note- for non Malaysian readers, Sabah is one of the states of East Malaysia).

The article that reports this piece of 'good news' (i.e. good for Islam and bad for everybody, Muslims included) is written--actually encoded--in curiously detached and dry language. This sort of doublespeak characterizes fascist ideologies, as well as governments who actively discourage critical thought and an informed citizenry.

So I shall endeavor to decode this article for you, dear readers. The article is partially shown below, with the decoded text in italics:


The Sabah Islamic Affairs Department (Jheains) will enforce the apostasy law once its faith rehabilitation centre in Kinarut is ready next year, said its director, Datuk Amri A. Suratman. (A 'Faith Rehabilitation Centre' is doublespeak for an Islamic Prison for Brainwashing and Extortion of the Innocent)

He said enforcement of the law was part of Jheains' five-year strategic plan. (How lovely! A 'plan' to continue denying freedom and ensure the continued enslavement of many and eventually all to Islam. Of course, it's all for your own good!)

Until the rehabilitation centre is ready in June, offenders will be enlightened on the merits of returning to the path of Islam, he told Bernama... ("Enlightened on the merits" means lying to and forcing innocents to remained imprisoned, isolated from their families, friends and livelihoods. Perhaps they should be grateful they aren't executed like other, more devout Muslim countries routinely do to their apostates.)

The conference, among others, touched on scores of Muslim converts, who reverted to their original religions, due to neglect from Islamic religious agencies and non-governmental organisations. (Never mind the actual wishes of these converts! They're really running away from the so-called 'perfect religion' in droves because the Guardians of Islam aren't watching them close enough. Bah! Does anyone else see the absolute disconnect here from logic and common sense? You might, but The Star is never going to print what a whole lot of you are thinking.)


Someone should send a memo to the Human Rights Commission or whatever they're called at the UN nowadays. You think that government-backed, government-funded, religious imprisonment like what the Muslims are doing in Sabah, or in any other state in Malaysia, or in any other Musllim country come to think of it, would be enough of a human rights atrocity for someone to wake up and take notice. But hey, the UN has a lot on their plate right now--after all they are probably too busy getting ready for their next 'Anti Zionist' rally in New York next year. Or maybe they're burning the midnight oil writing up yet another resolution bashing whatever the US and/or Israel is doing at the moment.

And we all know, of course, that pointing out this sort of Islamic fascism is Islamophobic and racist, not to mention contrary to harmony, bridge building, tolerance, mutual respect and all the other political correct bullshit buzz words that are so en vogue right now.

So, now that we all know what '1Malaysia' really looks like, let us celebrate this season of peace and harmony as Malaysia marches on to its mighty future.

URL to the full article: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/25/nation/20101225144807&sec=nation

Friday, October 9, 2009

HUKUM ALLAH by Tun Dr Mahathir

1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis (baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?

4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.

5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?

6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.

7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?

8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.

9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.

10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.

11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?

12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.

13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.

14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?

15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.

16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.

17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.

18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?

Wallahua'alam.

By Dr. Mahathir Mohamad on October 2, 2009 12:12 PM


COMMENTS - 120 total
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/hukum-allah.html#comments