Lelaki dakwa ‘isteri’ mati jatuh bilik air ditahan
Saturday, 05 March 2011 11:17
Sungai Petani, March 05 - Seorang lelaki berusia 33 tahun yang membuat laporan polis kononnya ‘isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Sejati Indah di sini, pagi semalam, akhirnya diberkas selepas tembelangnya pecah.
Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek bergaduh dengan ‘isteri' yang sebenarnya teman wanita, lalu disyaki memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga menyebabkan kematian wanita terbabit.
Lelaki itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dia datang ke Balai Polis Sungai Petani, di sini untuk membuat laporan mendakwa ‘isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air.
Bagaimanapun, polis mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila lelaki terbabit memberi maklumat mengelirukan ketika disoal siasat, lalu bertindak menahan suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata sebaik lelaki itu ditahan, sepasukan anggota polis pergi ke rumah suspek untuk menyiasat dan menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai K Magapulie, 33, terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul objek keras.
"Hasil soal siasat mendapati berlaku pergaduhan antara suspek dengan mangsa iaitu teman wanitanya pada kira-kira jam 4 pagi dan selepas itu, suspek keluar dari rumah.
"Tidak lama selepas itu, suspek pulang dan membuat laporan di balai polis pada jam 9 pagi mendakwa ‘isterinya' mati kerana terjatuh dalam bilik air. Hasil siasatan juga mendapati mereka belum berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan," katanya di sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, ketika pergaduhan itu, suspek dipercayai memukul kepala mangsa dengan objek tumpul sehingga menyebabkan wanita itu mati.
Berita Harian
State of the Word 2024 Video + Recap
-
Did you miss the State of the Word 2024 livestream? Watch the entire event,
including keynote speeches, guest panels, and Q&A session with this video
recap.
1 day ago
No comments:
Post a Comment