Parlimen Agama Sedunia Dan Syarahan Herbert Feith
5 Dec 2009
Ketibaan saya di Melbourne, dinanti rakan lama, Dr Abdul Rahim Ghouse. Tanpa berlengah kami terus menuju ke Pusat Konvensyen Melbourne bagi menghadiri Parlimen Agama Sedunia, sebuah forum yang menghimpunkan puluhan tokoh-tokoh tersohor, untuk mengungkapkan kepentingan hidup bersama, menjamin kerukunan merentasi kepercayaan dan memastikan agenda kedamaian tercapai.
Pihak penganjur mengundang saya untuk membicarakan perihal Tauhid, Pemerintahan dan Masyarakat. Saya tekankan tradisi pemikiran Ibnu Ashur dan As Shatibi, yang menyumbang kepada pemahaman maqasid al shariah. Apatah lagi ketika dunia dirundung krisis kewangan yang bersangkutan dengan peranan etika dan nilai. Kemudiannya saya menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Sheikh Isa.
Sekitar jam 6, memenuhi pula undangan menyampaikan Syarahan Sempena Memperingati Herbert Feith di Pusat Persidangan Kotaraya Melbourne. Saya menyampaikan syarahan yang bertemakan Asia Selepas Krisis, Pemulihan dan Perubahan. Syarahan ini merupakan usahasama Royal Melbourne Institute of Technology, Universiti Melbourne dan Universiti Monash.
Herb Feith merupakan ahli sains politik terkenal, berasal dari Vienna, yang menulis buku berjudul The Decline Of Constitutional Democracy in Indonesia. Buku tersebut merupakan rujukan klasik yang hampir setanding dengan karya B.Shrieke dan William Roff.
ANWAR IBRAHIM
State of the Word 2024 Video + Recap
-
Did you miss the State of the Word 2024 livestream? Watch the entire event,
including keynote speeches, guest panels, and Q&A session with this video
recap.
1 day ago
No comments:
Post a Comment